Thursday, December 1, 2011

Missing Pieces: Fakta yang memang tak boleh anda sangkal . . .



TAHUKAH ANDA?


Ni ada bebrapa fakta yang mungkin anda x taw 
Jangan plak ada yang nak sangkal fakta ni..serious ni (-__-')


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
ahahh~



Errr... ada yg x stuju ke?? =p





Missing Pieces: Calm Down.. Sabar, Sabar...



slalu kena "bahan" sparuh mati dek kawan2?
markah exam selalu hampeh even dah study?
lecturer bagi assignment berbakul2 sampai x tersiap?
dituduh yg bukan2 walaupun x buat?
tiba2 hujan bila dah siap untuk kluar??
line internet macam siput sedot??
GF lari sbb anda kurang sweet??


Memang terbakar hati, sedih jiwa & kadang2 kelu 1000 bahasa bila jadi benda2 macam ni . 1 kata, jawapan untuk segala masalah..."SABAR" .


ASSALAMUALAIKUM.. =)

Panjang bebeno intro atas tu (hehe..mcm styl0 je) . Dalam hidup ni, x akan ada sorang manusia pun yang dapat lari dari masalah . x kira laa dia tu peminta sedekah, student, lecturer, penggali kubur, menteri belia & sukan, david teoh, and even jutawan yang nmpak bahagia(pada lahiriahnya) pon mesti ada masalah . 
Senang cakap, nobody can escape from problem, even how hard they try, how much money they spend, and how far they run.. problem, will keep hunting for them . 
How do I know?? haa, aq taw laa..h0h0(muke bgga) . 

Bila datang masalah yang bertimpa-timpa, memang kita akan rasa down, frust, x lalu nak makan dan feeling2 yang sewaktu dgnnya . Muka pon akan start jadi bengis & ngeri, x nak senyum langsung and even kalau org tegur pon belum tentu kita nak layan . Sebabnya??  Masalah tu asyik2 melayang2 dalam kepala & merayu2 suruh kita fikirkan dia(ciss!! hampeh kau masalah!!) . Kita pon akan mencari alternatif... dan yang paling senang skali.... 

 . . ."PUT THE BLAME ON SOMEONE ELSE". . . 

--> "Ni bukan salah aq pon.. dia tu yang "tutt"..." 
-->"Kalaulah dia x curi laki aq dlu, msti skrg aq dah jd datin dah ...",
--> "Ciss engkau lecturer.. assignment ni 7 keturunan aq pon xbleh siap woo..assignment yg lpas pon xsiap g woo.."
--> "Damn encik ramalan cuaca. Ku sangka panas hgga ke ptg, rupa2nya hujan di tengah hari..huhh~"



...dan banyak lagi sumpah seranah, serta jampi2 yg tercipta tatkala itu...
TAPI... pernahkah kita terfikir.. kenapa kita mendapat masalah dan diuji dengan dugaan2 sebegitu? PERNAHKAH?
Cuba kita tengok good part kepada masalah2 kita(sng cite, think +ve)..

--> "Errmm, xpe laa.. mgkin kawan aq ni xtaw aq marah kalaw dia buat macam ni.. xpe2, SABAR je.."
--> "Dah xde jodoh nak buat macam mana, SABAR jelaa.. Mungkin kalau aq jadi datin, ada pulak yg nak kidnap aq(pulok..)..
--> "Banyaknye assignment, sronok btol(muke hipokrik).. Bagus btol lec ni bagi bnyak latihan, bijak laa aq kalau hari2 mcm ni(gelak paksa)..SABAR2.."
--> "Alamak, cuaca xbaek la plak, SABAR jela.. hmm, mesti tuhan x bg aq kluar ni.. Kalaw aq kluar mgkin ada msalah akan blaku kt aq.."



Kita manusia biasa, begitu juga mereka2 yang berada di sekeliling kita . Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawab yang berbeza mengikut profession masing2 . Jadi, kadang kala masalah2 yang berpunca dari individu lain disekeliling kita memang x dapat dielakkan atas faktor2 peranan dan tanggungjawab tersebut . Jika korang selalu merasakan bahawa orang sekeliling selalu menyusahkan korang, pernah x korang terfikir brapa ramai orang pula yang pernah simpan prasaan seperti korang dek gara2 masalah yang korang timbulkan kepada mereka . CUBA BAYANGKAN~



So, tenang jap..calm down . Jangan keruhkan lagi otak dengan memikirkan masalah yang sememangnya membebankan tu . Yang penting..bertenang dan SABAR.. Gunakanlah segala peluang yang ada untuk memperbaiki diri .
Jangan biarkan masalah kuasai anda sebaliknya, atasilah ia dengan wajar .
Ketahuilah anda bahawa setiap masalah yang datang menimpa, setiap badai yang datang melanda, setiap kemarau yang ttiba menjelma itu adalah x lain x bukan, ujian dari yang Maha Kuasa(ewahh) . Jangan pernah kita salahkan sesiapa kerana mereka itu hanyalah perantara bagi Yang Esa untuk menyampaikan kasih dan rindu kepada hambaNya . Jadi sabar, trima dengan redha dan berdoalah kepada yg Maha Menolong . 


Rasulullah SAW pernah bersabda, 

"Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh 

dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) 




Adakah kita miliki yang separuh tu??? huhu..

RENUNG-RENUNGKAN  =)






  

Tuesday, November 29, 2011

-1st trial- Why must Puzzle?




Assalamualaikum . 


Pembuka kata yg cukup indah (huhu~) 



Terlintas bberapa kali dalam kepala ni, "blogging? Hmm, macam gud2 jaa.. ," Lantas atas perasaan ingin tahu itu, maka lahirlah blog yg xbrapa nak siap ni .. (_ _!!) .. 



Kenapa mesti "Puzzle"?
Kehidupan, ibarat kepingan2 Jigsaw Puzzle (yg budak2 slalu main tuu). Persoalan, dugaan, masalah, kekecewaan, sentiasa hadir dalam pelbagai2 bentuk & ragam bagaikan kepingan puzzle yg bersepah & x tersusun (kadang2 hilang sekeping) . Tetapi, jika kepingan2 diuruskan dengan betul dan disusun dengan rapi, mengikut aturan yg sepatutnya, pasti akan ada gambaran (jawapan) yg akan terlakar di sebalik masalah2 tersebut .
 Kalau x paham pun, tolong buat2 paham .


~ sekian sahaja yew ~

( puzzle power ranger aq masa kecik dulu, aq main baling2 ja (sbb xreti nak susun).. maafkan aq jigsaw puzzle.. huhh~ )