Thursday, December 1, 2011

Missing Pieces: Calm Down.. Sabar, Sabar...



slalu kena "bahan" sparuh mati dek kawan2?
markah exam selalu hampeh even dah study?
lecturer bagi assignment berbakul2 sampai x tersiap?
dituduh yg bukan2 walaupun x buat?
tiba2 hujan bila dah siap untuk kluar??
line internet macam siput sedot??
GF lari sbb anda kurang sweet??


Memang terbakar hati, sedih jiwa & kadang2 kelu 1000 bahasa bila jadi benda2 macam ni . 1 kata, jawapan untuk segala masalah..."SABAR" .


ASSALAMUALAIKUM.. =)

Panjang bebeno intro atas tu (hehe..mcm styl0 je) . Dalam hidup ni, x akan ada sorang manusia pun yang dapat lari dari masalah . x kira laa dia tu peminta sedekah, student, lecturer, penggali kubur, menteri belia & sukan, david teoh, and even jutawan yang nmpak bahagia(pada lahiriahnya) pon mesti ada masalah . 
Senang cakap, nobody can escape from problem, even how hard they try, how much money they spend, and how far they run.. problem, will keep hunting for them . 
How do I know?? haa, aq taw laa..h0h0(muke bgga) . 

Bila datang masalah yang bertimpa-timpa, memang kita akan rasa down, frust, x lalu nak makan dan feeling2 yang sewaktu dgnnya . Muka pon akan start jadi bengis & ngeri, x nak senyum langsung and even kalau org tegur pon belum tentu kita nak layan . Sebabnya??  Masalah tu asyik2 melayang2 dalam kepala & merayu2 suruh kita fikirkan dia(ciss!! hampeh kau masalah!!) . Kita pon akan mencari alternatif... dan yang paling senang skali.... 

 . . ."PUT THE BLAME ON SOMEONE ELSE". . . 

--> "Ni bukan salah aq pon.. dia tu yang "tutt"..." 
-->"Kalaulah dia x curi laki aq dlu, msti skrg aq dah jd datin dah ...",
--> "Ciss engkau lecturer.. assignment ni 7 keturunan aq pon xbleh siap woo..assignment yg lpas pon xsiap g woo.."
--> "Damn encik ramalan cuaca. Ku sangka panas hgga ke ptg, rupa2nya hujan di tengah hari..huhh~"



...dan banyak lagi sumpah seranah, serta jampi2 yg tercipta tatkala itu...
TAPI... pernahkah kita terfikir.. kenapa kita mendapat masalah dan diuji dengan dugaan2 sebegitu? PERNAHKAH?
Cuba kita tengok good part kepada masalah2 kita(sng cite, think +ve)..

--> "Errmm, xpe laa.. mgkin kawan aq ni xtaw aq marah kalaw dia buat macam ni.. xpe2, SABAR je.."
--> "Dah xde jodoh nak buat macam mana, SABAR jelaa.. Mungkin kalau aq jadi datin, ada pulak yg nak kidnap aq(pulok..)..
--> "Banyaknye assignment, sronok btol(muke hipokrik).. Bagus btol lec ni bagi bnyak latihan, bijak laa aq kalau hari2 mcm ni(gelak paksa)..SABAR2.."
--> "Alamak, cuaca xbaek la plak, SABAR jela.. hmm, mesti tuhan x bg aq kluar ni.. Kalaw aq kluar mgkin ada msalah akan blaku kt aq.."



Kita manusia biasa, begitu juga mereka2 yang berada di sekeliling kita . Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawab yang berbeza mengikut profession masing2 . Jadi, kadang kala masalah2 yang berpunca dari individu lain disekeliling kita memang x dapat dielakkan atas faktor2 peranan dan tanggungjawab tersebut . Jika korang selalu merasakan bahawa orang sekeliling selalu menyusahkan korang, pernah x korang terfikir brapa ramai orang pula yang pernah simpan prasaan seperti korang dek gara2 masalah yang korang timbulkan kepada mereka . CUBA BAYANGKAN~



So, tenang jap..calm down . Jangan keruhkan lagi otak dengan memikirkan masalah yang sememangnya membebankan tu . Yang penting..bertenang dan SABAR.. Gunakanlah segala peluang yang ada untuk memperbaiki diri .
Jangan biarkan masalah kuasai anda sebaliknya, atasilah ia dengan wajar .
Ketahuilah anda bahawa setiap masalah yang datang menimpa, setiap badai yang datang melanda, setiap kemarau yang ttiba menjelma itu adalah x lain x bukan, ujian dari yang Maha Kuasa(ewahh) . Jangan pernah kita salahkan sesiapa kerana mereka itu hanyalah perantara bagi Yang Esa untuk menyampaikan kasih dan rindu kepada hambaNya . Jadi sabar, trima dengan redha dan berdoalah kepada yg Maha Menolong . 


Rasulullah SAW pernah bersabda, 

"Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh 

dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) 




Adakah kita miliki yang separuh tu??? huhu..

RENUNG-RENUNGKAN  =)






  

No comments:

Post a Comment